banner 1

IKRAR WAJACLUB
BAHAWASANYA KAMI KELAB PEMILIK KERETA WAJA, DENGAN INI MERAKAM SETINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA SELURUH AHLI-AHLI ATAS SEMANGAT KERJASAMA DAN SETIAKAWAN SAMA ADA DALAM MAKNA INDIVIDU ATAU BERKUMPULAN. SELARAS DENGAN DASAR MISI DAN VISI KELAB, MAKA KAMI DENGAN INI BERIKRAR DAN BERJANJI,

* BERAZAM AKAN MEMPERTAHANKAN KEHARMONIAN DAN KEAMANAN KELAB SERTA MENJAGA NAMA BAIK KELAB DI PERSADA DUNIA PERMOTORAN NEGARA KHASNYA DAN DUNIA AMNYA

* BERAZAM AKAN MENJADIKAN KELAB KAMI SEBUAH ENTITI YANG DAPAT MEMBERI IMPAK POSITIF DALAM MEMBANGUNKAN NEGARA DARI SUDUT DUNIA PERMOTORAN

* BERAZAM AKAN MENINGKATKAN MARTABAT DUNIA PERMOTORAN NEGARA KE TAHAP GLOBAL.

* BERAZAM AKAN MEMERANGI SEGALA GEJALA-GEJALA NEGATIF SEBALIKNYA MENJADIKAN AKTIVITI BERKELAB SEBAGAI SATU INTITUSI YANG MENGUNTUNGKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

* BERAZAM AKAN MEMBANGKITKAN SEMANGAT CINTAKAN BARANGAN TEMPATAN DALAM ERTIKATA PATRIOTIK YANG SEBENAR.

* DAN

* BERAZAM AKAN MEMASTIKAN WAJACLUB MELAHIRKAN GENERASI PELAPIS YANG BERGUNA PADA MASYARAKAT MALAYSIA

Sembang

Ahad, 27 Februari 2011

AGM Telah Berlalu......

Akhirnya AGM berjaya direalisasikan untuk kali ke 2. Pada 2008, kita telah buat Pra-AGM, 2009 AGM kali pertama dan 26hb febuari lalu AGM kali ke 2. Berakhirnya AGM beerti berakhirnya juga jawatan saya sebagai Timbalan Presiden WC bagi sesi 2010. Kepada barisan MT yang baru, nah kepada anda sekalianlah terpikul tanggungjawab. Yakin anda boleh! Teruskan misi "Wajaclub Peneraju Dunia Permotoran Negara".

Menyorot kronologi saya menyertai WC ni, saya pun dah hampir lupa. Yang pasti tahun 2008. Even pertama yang saya sertai ialah majlis berbuka puasa anjuran WC Negeri Sembilan di Glory Beach Resort. Kira-kira seminggu selepas saya menjadi ahli berbayar WC, masa tu sdr kamarul mengajak saya menyertai majlis berbuka puasa tersebut. Majlis itu mendapat liputan akhbar Sinar Harian dan sehingga kini saya masih menyimpan keratan akhbarnya. Tak silap saya masa itu juga ada kemasukan ahli baru 1 orang iaitu sdr Lokman. Tapi beliau tidak ada pada majlis tersebut. Turut sama ahli baru yang menyertai WC Negeri Sembilan pada majlis tersebut ialah sdr Fizisiam. Siapa sangka beliau pada suatu masa kemudian menjadi ketua komuniti Negeri Sembilan.

Pada majlis tersebut juga pertama kali saya berkenalan dengan ahli-ahli dari WC Negeri Sembilan. Dan sorang wakil dari WC Kuala Lumpur iaitu sdr Shamlat yang berjawatan PRO WC ketika itu. Ketua komuniti Negeri Sembilan pada ketika itu ialah Sdr Zul. Timbalannya sdr sham marshal. Bendahari ialah sdr Zmy. Saya cuma ahli biasa ketika itu. Cukup teruja melihat barisan kepimpinan WC masa itu.

Kemudian, forum WC membuatkan saya rapat dengan beberapa orang ahli WC antaranya sdr azmi punai, bad ipoh, amirKMC, Rosman SPRM, Fadhil Tebo dan beberapa nama yang saya dah lupa. Mereka ini merupakan forumers yang aktif berposting. Sayangnya masa AGM pertama (sebelum WC sah berdaftar) yang diadakan di Wisma Sime Darby Kuala Lumpur, peluang untuk saya bertemu dengan mereka tidak terlaksana kerana saya sekeluarga bercuti ke Pulau Tioman. Masa ni rakan baik saya dalam forum, sdr Azmi punai telah pun menjawat jawatan AJK Pusat.

Sepanjang saya berada dalam WC, saya telah duduk di bawah pentadbiran 3 orang presiden WC iaitu Sdr Mahathir, Sdr Aloy dan Sdr Fairuz. Juga telah duduk di bawah seorang Timbalan Presiden iaitu Sdr Lola. Saya tidak berkesempatan duduk di bawah pentadbiran Presiden pertama WC iaitu aruah Raziz.

Dan alhamdulillah, WC juga membawa saya setahap demi setahap ke atas. Daripada ahli biasa pada tahun 2008, akhirnya menjadi SU pada 2009...kemudian atas pertindihan perlembagaan (saya tidak dibenarkan memegang 2 jawatan penting dalam sebuah pertubuhan) saya terpaksa menyerahkan jawatan SU kepada sdr Azmi dan saya menjawat timbalan SU. Kemudian pada pilihanraya pertama WC, pencalonan sengit bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden iaitu antara Sdr Lola, Sdr Fairuz dan saya sendiri yang akhirnya menemukan pertandingan 2 penjuru antara saya dan Sdr Fairuz untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

Mungkin ada yang menyangka saya berkempen untuk jawatan Presiden sehingga ke Utara. Ketika itu senario undi menunjukan saya tidak boleh lepas dari jawatan Presiden. Tinjauan undi mengerunkan saya. Akhirnya saya berpakat dengan Sdr Ajai...beliau telah menggunakan pengaruhnya untuk menyelamatkan saya. Biarpun Sdr Fairuz menang 1 undi...tetapi keputusan adalah muktamad. Beberapa hari sebelum hari mengundi...saya telah menghubungi sdr Ajai secara personali...dia memberikan kepastian..."Jangan risau...". Rupa-rupanya kita mesti mempunyai strategi dalam berkempen. Saya ada dengar juga sdr Fairuz cuba membuat pakatan dengan ketua JKPR-WC ketika itu iaitu Sdr Kamarul. Tapi beliau tetap merujuk kepada keputusan undi. Dan akhirnya saya rasa tidak salah ahli-ahli semua mengundi sdr Fairuz menjadi Presiden WC. Beliau juga bermula dari bawah. Dari ahli biasa, kemudian menjadi Presiden menggantikan aruah Razif. Kemudian setelah menyerahkan jawatannya kepada Sdr Mahathir, beliau menjadi Bendahari dalam AJK Penaja yang ketika itu saya adalah SU AJK Penaja manakala Kamarul adalah Pro dan Sdr Aloy adalah Presiden.

Saya mula mengenali Sdr Fairuz pada TT pertama saya di Dataran Merdeka. Ketika ini juga saya perasan kelibat sebuah waja yang cukup cun...rupa-rupanya itulah Sdr Ajai, yang ketika itu agak sombong dengan saya..hehehehe...masa tu sticker WC pun belum letak kat cermin belakang waja dia. Ramai juga masa TT tu. Saya kira lebih 20 buah kereta. Masa ini juga saya mula kenal R-mat. Malam TT tu saya tak banyak berbual dengan Sdr Fairuz kerana masa tu dia asyik cerita pasal enjin evo4 wajanya. Maklum masa tu cuma dia sorang saja yang pakai enjin evo4. Tak silap gang tebo pun tak ramai lagi malam tu. Selain Faizal Trafik, ustaz tebo. Tapi saya tak perasan ustaz tebo ada ke tidak masa TT malam tu.

Masa familiday pertama kali WC di Cherating pada tahun 2008...entah macam mana, saya turut terbabit secara tidak rasmi menjadi antara salah sorang urusetia FD tersebut. Masa inilah saya mula rapat dengan Fairuz. Dengan Kamarul dan Azmi memang kami dah selalu bertemu dan bersembang dalam forum.

Saya kira saya betul-betul rapat dengan Fairuz ialah ketika penubuhan AJK Penaja untuk mendaftarkan WC. Iaitu tahun 2009. Masa ni juga saya rapat dengan Sdr Lola...yang memang menjadi idola kebanyakan ahli-ahli WC ketika itu. Pelopor R3 hitam. Sebenarnya penyertaan saya dalam WC menemukan saya dengan ramai kenalan dari serata Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Malah seluruh ahli WC seakan adik beradik saya rasakan.

Ketika saya bukan lagi ahli WC, saya juga tidak kehilangan sahabat handai dari kalangan ahli-ahli WC. Saya pasti, jika saya tetap dengan rutin tahunan saya sekeluarga iaitu Cuti-cuti Malaysia....ke mana pun saya bercuti..Utara, Pantai Timur, Selatan atau tengah..mereka sentiasa ada untuk diajak TT.

Sebenarnya memang kita boleh bukukan atau menovel pendekan sejarah WC ni...

1 ulasan:

  1. pergh...mmg boleh buek novel la...cayokkkk

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket

Wawasan

Tujuan utama penubuhan WajaClub ialah untuk menghimpun seberapa ramai pemilik kenderaan jenama proton waja untuk bernaung di bawah satu pertubuhan yang sah berdaftar. Dengan itu ahli-ahli dapat bertukar-tukar pendapat dan berbincang tentang industri permotoran Negara. Sehingga kini, ahli-ahli WajaClub merangkumi beberapa negeri di Semenanjung Malaysia iaitu Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan, Pahang, Terengganu, Kelantan, Perak, Kedah dan Pulau Pinang. Dari permulaan bilangan ahli tidak sampai 50 orang, statistik terkini menunjukkan bilangan ahli WajaClub hampir mencecah 200 orang. Wajaclub telah berhasil mengadakan beberapa majlis perjumpaan antara ahli, menganjurkan majlis berbuka puasa, majlis rumah terbuka, hari keluarga, Mesyuarat Agung Tahunan, sambutan kemerdekaan, sambutan tahun baru, menyertai beberapa autoshow, interTT dengan beberapa kelab kereta lain dan beberapa lagi program berbentuk kemasyarakatan.

Logo

Kelab menggunakan lambang kereta nasional waja yang direkabentuk secara grafik. Kelab hanya menggunakan 2 warna sahaja iaitu putih dan merah.

Warna putih yang menjadi warna asas lambang kelab menunjukan sifat keikhlasan dikalangan ahli-ahli kelab dalam menangani segala perkara secara musyawarah.

Warna merah pada garisan yang membentuk jalur putus-putus menghala ke bonet depan kereta menunjukan bahawa pertubuhan ini memiliki semangat tabah dan berhati waja serta tidak mengenal erti kecewa dalam mengharungi segala dugaan berpersatuan. Sesuai dengan imej ‘waja’ itu sendiri, warna merah pada jalur tersebut yang diakhiri dengan tanda seperti anak panah, menunjukan setiap ahli mempunyai hala tuju yang satu iaitu untuk menaikan nama kereta proton waja di persada dunia.

Manakala teks ‘WajaClub’ di bawah lambang kereta tersebut adalah sebagai lambang penaung kelab dan menjadi tapak kepada keseluruhan lambang. Teks ‘WC’ pula menunjukan semangat gabungan setiakawan antara sesama ahli.

Moto

“WajaClub Peneraju Dunia Permotoran Negara”..

Monolog.....
Aku dan WajaclubKeindahan Kembara Yang Tidak Terjangkakan
Bermula dengan suka-suka sekadar mencari teman-teman akhirnya Menemukan rakan dan sahabat

Mungkin pengaruh atau memang dah dilorongkan, jenama kereta nasional waja ini langsung tiada dalam kotak fikirku. Aku lebih senang ke hulu ke hilir malah melewati segenap negeri di Malaysia ini dengan Iswara hijauku. Kalau terfikirpun untuk menukar kenderaan lain, MPV adalah sasaran utamaku. Maklum keluargaku besar. 7 orang semuanya. Sebelum terjebak dengan kelab kereta waja ini, aku ceritakan dulu bagaimana aku terjebak membeli ‘waja’ ini dulu. Ya, aku tidak memaksa kalian membaca kisah ini, tetapi jika kalian memang telah membaca sampai ke teks ini, maknanya secara tanpa sedar, aku telah menjebak kalian ke dunia permotoranku

Ceritanya bermula begini, seperti biasa aku dengan rakan kongsiku ingin bertemu dengan seorang pustakwan untuk bersarapan pagi. Memang semaklum aku dia mengguna pakai wira putih. Kira jenama kereta nasional la. Dalam perjalanan bertemu dengannya, rakan kongsi aku menalipon pustakawan itu, dia menjawab dia sekarang menunggu kami di sebuah restoran sekitar Bandar Baru Bangi. Kami bergegas ke sana. Aku parking kereta aku betul-betul berhadapan restoran dan kerusi tempat dia minum. Dia senyum tawar melihat aku dan rakan kongsi aku keluar dari saga iswara hijauku. Memang hampeh!. Tapi aku tidak menjangkakan ada kejutan yang lebih hampeh lagi kerana selepas itu tak pasal-pasal duit aku akan terbang 4k! Rasanya belum betul-betul aku menikmati minum pagi yakni segelas teh tarik mamak, pustakawan itu bersuara dengan penuh semangat keegoannya “Bro, aku dah tukar kereta!” Aku buat tak kisah tapi rakan kongsi aku bertanya spontan. “ Kereta apa?” Pustakawan itu menunjuk dengan memek bibirnya “tuuuu!!!, sebelah keta kau tu”. Aku terkasima seketika. Ceh, saiz kereta dia lagi besar dari kereta aku. Waja tu!. Seketika aku rasa secawan teh tarik kedai mamak yang aku minum dah rasa macam sebaldi cuka getah.

Waja dah murah sekarang katanya, seakan mencurah sedikit garam dalam minumanku! Aku tanya dia “berapa ko bayar duit hantaran?”. “Lebih kurang 4K” katanya lagi. Yang tak tahan dia siap cakap “Kalau ko nak, ada 1 lagi waja kaler hitam dah siap modi dia punya bodikit..R3. petang ni aku nak pegi settlekan hal wajaku ni, kalau nak aku boleh tanyakan toke kedai tu” . Sudah!!! Dia tabur racun lak dalam minumanku. Aku cakap kat dia, “okeylah, ko tanyalah...nanti ko kol aku”. Sebenarnya aku tak begitu serius dengan kata-kataku itu sebab aku sayangkan sewara hijauku. Tapi rupanya dia betul-betul tanyakan toke kedai tu dan deal dgn toke tu bagi pihak aku. Menjelang petang pustakawan itu kol aku “Joe, jadi tak? Aku tergamam..hah!!! “ok jadi “ kataku spontan. Lepas tu otak fikirku ligat mencari ilham macam mana nak berdrama dengan orang rumah. Apa alasan terpaling munasabah yang nak aku berikan pada dia. besoknya aku pergi ke kedai kereta tu dengan rakan kongsiku. Ermm..cantik, aku cakap kat toke kedai tu..jadikkkk!!! memang aku suka dengan waja R3 ni sebab aku minat dengan Tenku Djan Lee setelah menonton aksi driffnya di TV. . petang tu aku letak duit hantaran. Aku pesan kat pustakawan tu, aku dah booked! Dokumen aku akan hantar kemudian. Besoknya toke kedai tu kol aku, “Sori encik, R3 tu owner tak jadi jual. Loan dia tak lepas untuk trade in Honda FFR!!” baru aku tahu waja R3 tu owner tumpang letak kat kedai usecar tu. Dengar cerita dia nak ambil Honda. Toke kedai tu jadi racun ketiga pula, “tak apa encik, kami ada banyak stok waja lagi ni. Esok cik datang dan pilih saja mana nak...” rasa aku nak sumpah toke tu dan semua peracun-peracun tu jadi waja R3. Akhirnya tanpa ada plan yang khusus, aku sambar jugak la waja tu. Aku cakap kat orang rumah “Kawan abang nk pinjam cek booked 3 hari. Dia nak bayar muka beli kereta.” Orang rumah aku tak banyak cakap terus tanda tangan cek kosong. 4 hari kemudian toke tu kol aku “encik, loan sudah approve. Boleh datang ambil kereta.” aduhhhhh...!!! apa aku nak cakap dengan orang rumah? Yang dia tahu wajatu bukan aku punya tapi pustakawan itu punya. Ahhh!! Lantak. Aku ajak orang rumah pegi ambil kereta tu. .” Dari seremban kami naik komuter sahaja sampai Mid Valley kerana kalau aku bawak sewara hijauku, nanti sapa pulak nk bawak kereta tu balik Seremban! Kalau biarkan orang rumahku yang memandu..kompom aku sampai Seremban dengan waja tu, dia entah sampai ke mana dengan sewara hijau tu sebab dia tak mahir dengan jalan Kola Lumpur!. Seminggu jugaklah aku pakai waja tu dengan mengatakan ia kepunyaan kawanku (si pustakawan tu). Sampailah isteri ku tanya “Baik betul ya kawan abang tu...bagi pinjam kereta lama-lama kat abang?” akhirnya aku mengalah “ Keta tu kita punya, bukan kawan abang punya!” aku dah bersedia mendengar deruman leteran isteriku. “Aik..? Iswara tu dah rosak ke?..” aku mengambil keputusan diamkan diri. Biar masa menyejukan hatinya. Masalah pertama selesai. Macam mana pula aku nak minta isteriku tanda tangan cek lagi untuk aku make up kereta?. tak payah ceritalah kan..hehehehe. Lebih kurang sebulan je kereta wajaku itu berkeadaan ori kilang. aku bawak ia ke kedai mak andam (kedai eksesori). Aku pasangkan bodikit R3. Masa ni lah aku terserempak dengan gang wajaclub Negeri Sembilan, sdr Sham Marshal (masa ni dia timbalan ketua komuniti Negeri sembilan). Aku mengambil masa lebih kurang seminggu untuk berfikir samada nak joint WC atau terus dengan ProCC. Akhirnya lewat bulan ogos 2008, aku sah menjadi ahli WC Komuniti Negeri Sembilan. Cuma sebagai ahli biasa, tak sangka lak boleh sampai kepada ahli luar biasa. Hehehehe! Yang paling luar biasa bila masuk WC ni ialah duit keluarpun luar biasa. Macamlah aku orang bujang yang nak habiskan duit untuk kereta, bukan untuk keluarga. Sehingga ke satu tahap, aku sedar. Memang tak kemana dengan dunia modifikasi kereta ni. Ia bukanlah matlamat utama aku masuk kelab. Aku hanya mencari rakan dan bizness! Tapi bertukar-tukar idea tentang dunia kereta tu memang antara pengetahuan yang aku dapat secara tidak langsung. Dan lagi jika aku bersama keluarga menikmati cuti-cuti Malaysia, rakan-rakan WC sentiasa ada di mana-mana. Ini antara beberapa perubahan yang aku buat. Kebanyakan perubahan dilakukan secara berperingkat. Tidak sekaligus, tu yang tak perasan baki akuan semakin berkurangan tu... Yang kelakarnya, ia bukan idea aku tapi idea rakan-rakan WC. Idea aku cuma, macam mana nak cover balik duit yang terbang? Dan lagi semakin aku memikirkan untuk tidak melabur pada wajaku, semakin banyak pula dugaan berupa pujukan dari rakan-rakan kelab... Akhirnya aku sedar dari angan yang panjang, dari lena yang sunyi, masih ada keperluan lain yang perlu aku bawa dalam mimpi malam...sebelum orang lain menganggap aku telah mengingau...!!!
Ditulis: 10 Januari, 2011

RADAR DETECTOR

Afa'al Resources telah dilantik sebagai Pre-Agent bagi Negeri Sembilan untuk mengedarkan Radar Detector. Terdapat beberapa jenama yang ditawarkan seperti contoh di dalam gambar adalah Radar Detector jenis GRD2010. Untuk maklumat lanjut sila klik Radar Detector. Lain-lain model Radar Detector : BRT-K777-B BRT-K989 GPS-918 GRD 2010 (Seperti gambar di atas) GRD 350

Banner Komuniti

  • WC PAHANG

    Taip maklumat panel 1 di sini
  • WC TERENGGANU

    Taip maklumat panel 2 di sini
  • WC JOHOR

    Taip maklumat panel 3 di sini
  • WC MELAKA

    Taip maklumat panel 4 di sini
  • WC K.L/SELANGOR

    Taip maklumat panel 4 di sini