Menyorot kronologi saya menyertai WC ni, saya pun dah hampir lupa. Yang pasti tahun 2008. Even pertama yang saya sertai ialah majlis berbuka puasa anjuran WC Negeri Sembilan di Glory Beach Resort. Kira-kira seminggu selepas saya menjadi ahli berbayar WC, masa tu sdr kamarul mengajak saya menyertai majlis berbuka puasa tersebut. Majlis itu mendapat liputan akhbar Sinar Harian dan sehingga kini saya masih menyimpan keratan akhbarnya. Tak silap saya masa itu juga ada kemasukan ahli baru 1 orang iaitu sdr Lokman. Tapi beliau tidak ada pada majlis tersebut. Turut sama ahli baru yang menyertai WC Negeri Sembilan pada majlis tersebut ialah sdr Fizisiam. Siapa sangka beliau pada suatu masa kemudian menjadi ketua komuniti Negeri Sembilan.
Pada majlis tersebut juga pertama kali saya berkenalan dengan ahli-ahli dari WC Negeri Sembilan. Dan sorang wakil dari WC Kuala Lumpur iaitu sdr Shamlat yang berjawatan PRO WC ketika itu. Ketua komuniti Negeri Sembilan pada ketika itu ialah Sdr Zul. Timbalannya sdr sham marshal. Bendahari ialah sdr Zmy. Saya cuma ahli biasa ketika itu. Cukup teruja melihat barisan kepimpinan WC masa itu.
Kemudian, forum WC membuatkan saya rapat dengan beberapa orang ahli WC antaranya sdr azmi punai, bad ipoh, amirKMC, Rosman SPRM, Fadhil Tebo dan beberapa nama yang saya dah lupa. Mereka ini merupakan forumers yang aktif berposting. Sayangnya masa AGM pertama (sebelum WC sah berdaftar) yang diadakan di Wisma Sime Darby Kuala Lumpur, peluang untuk saya bertemu dengan mereka tidak terlaksana kerana saya sekeluarga bercuti ke Pulau Tioman. Masa ni rakan baik saya dalam forum, sdr Azmi punai telah pun menjawat jawatan AJK Pusat.
Sepanjang saya berada dalam WC, saya telah duduk di bawah pentadbiran 3 orang presiden WC iaitu Sdr Mahathir, Sdr Aloy dan Sdr Fairuz. Juga telah duduk di bawah seorang Timbalan Presiden iaitu Sdr Lola. Saya tidak berkesempatan duduk di bawah pentadbiran Presiden pertama WC iaitu aruah Raziz.
Dan alhamdulillah, WC juga membawa saya setahap demi setahap ke atas. Daripada ahli biasa pada tahun 2008, akhirnya menjadi SU pada 2009...kemudian atas pertindihan perlembagaan (saya tidak dibenarkan memegang 2 jawatan penting dalam sebuah pertubuhan) saya terpaksa menyerahkan jawatan SU kepada sdr Azmi dan saya menjawat timbalan SU. Kemudian pada pilihanraya pertama WC, pencalonan sengit bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden iaitu antara Sdr Lola, Sdr Fairuz dan saya sendiri yang akhirnya menemukan pertandingan 2 penjuru antara saya dan Sdr Fairuz untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.
Mungkin ada yang menyangka saya berkempen untuk jawatan Presiden sehingga ke Utara. Ketika itu senario undi menunjukan saya tidak boleh lepas dari jawatan Presiden. Tinjauan undi mengerunkan saya. Akhirnya saya berpakat dengan Sdr Ajai...beliau telah menggunakan pengaruhnya untuk menyelamatkan saya. Biarpun Sdr Fairuz menang 1 undi...tetapi keputusan adalah muktamad. Beberapa hari sebelum hari mengundi...saya telah menghubungi sdr Ajai secara personali...dia memberikan kepastian..."Jangan risau...". Rupa-rupanya kita mesti mempunyai strategi dalam berkempen. Saya ada dengar juga sdr Fairuz cuba membuat pakatan dengan ketua JKPR-WC ketika itu iaitu Sdr Kamarul. Tapi beliau tetap merujuk kepada keputusan undi. Dan akhirnya saya rasa tidak salah ahli-ahli semua mengundi sdr Fairuz menjadi Presiden WC. Beliau juga bermula dari bawah. Dari ahli biasa, kemudian menjadi Presiden menggantikan aruah Razif. Kemudian setelah menyerahkan jawatannya kepada Sdr Mahathir, beliau menjadi Bendahari dalam AJK Penaja yang ketika itu saya adalah SU AJK Penaja manakala Kamarul adalah Pro dan Sdr Aloy adalah Presiden.
Saya mula mengenali Sdr Fairuz pada TT pertama saya di Dataran Merdeka. Ketika ini juga saya perasan kelibat sebuah waja yang cukup cun...rupa-rupanya itulah Sdr Ajai, yang ketika itu agak sombong dengan saya..hehehehe...masa tu sticker WC pun belum letak kat cermin belakang waja dia. Ramai juga masa TT tu. Saya kira lebih 20 buah kereta. Masa ini juga saya mula kenal R-mat. Malam TT tu saya tak banyak berbual dengan Sdr Fairuz kerana masa tu dia asyik cerita pasal enjin evo4 wajanya. Maklum masa tu cuma dia sorang saja yang pakai enjin evo4. Tak silap gang tebo pun tak ramai lagi malam tu. Selain Faizal Trafik, ustaz tebo. Tapi saya tak perasan ustaz tebo ada ke tidak masa TT malam tu.
Masa familiday pertama kali WC di Cherating pada tahun 2008...entah macam mana, saya turut terbabit secara tidak rasmi menjadi antara salah sorang urusetia FD tersebut. Masa inilah saya mula rapat dengan Fairuz. Dengan Kamarul dan Azmi memang kami dah selalu bertemu dan bersembang dalam forum.
Saya kira saya betul-betul rapat dengan Fairuz ialah ketika penubuhan AJK Penaja untuk mendaftarkan WC. Iaitu tahun 2009. Masa ni juga saya rapat dengan Sdr Lola...yang memang menjadi idola kebanyakan ahli-ahli WC ketika itu. Pelopor R3 hitam. Sebenarnya penyertaan saya dalam WC menemukan saya dengan ramai kenalan dari serata Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Malah seluruh ahli WC seakan adik beradik saya rasakan.
Ketika saya bukan lagi ahli WC, saya juga tidak kehilangan sahabat handai dari kalangan ahli-ahli WC. Saya pasti, jika saya tetap dengan rutin tahunan saya sekeluarga iaitu Cuti-cuti Malaysia....ke mana pun saya bercuti..Utara, Pantai Timur, Selatan atau tengah..mereka sentiasa ada untuk diajak TT.
Sebenarnya memang kita boleh bukukan atau menovel pendekan sejarah WC ni...
pergh...mmg boleh buek novel la...cayokkkk
BalasPadam